Prep
malam berjalan seperti biasa. Tidak terlalu sunyi. Dan tidak terlalu bising.
Rutin harian pada waktu-waktu begini ada dua je. Study. Atau kacau orang
study! Khai dan Bella berteleku di meja masing-masing menyiapkan homework yang
masih bersisa. Sudah menjadi adat, pantang sikit tengok orang senang, pasti ada
yang datang mengganggu.
"Eh, korang nak dengar cerita tak?" intro Adam untuk malam itu.
Dia dah mula dah... Hati Khai berbisik sendiri.
"Tak nak" balas Khai dan Bella serentak.
"Aku nak cerita jugak!"
Khai menjeling, tidak puas hati.
Lelaki itu memulakan cerita.
"Aku ada kawan. Dia ada seorang awek. Dorang dah lama couple".
"So?"
soal Khai pantas. Kalau nak diikutkan memang malas nak layan cerita merapu
Adam. Tapi tak salahnya berhibur sambil siapkan Add Math ni kan? Mana la tau
kot-kot ringan sikit rasa beban di kepala.
"Tapi jarak umur dorang jauh la jugak"
"Mesti awek kawan kau tu dah kerja, kan?" Bella mencelah.
"A'ah"
"Kerja
apa? Lawyer, majistret atau ahli muzik?" Bella semakin bersemangat mendengar
cerita Adam. Boleh layan gak cite dia nih, fikir Bella pula.
"Alaa....macam
cerita korea-jepun je" rungut Bella. Seakan dapat dibaca jalan cerita yang
bakal disajikan Adam. “Kawan kau pun layan jugak ek cerita-cerita cenggitu”.
"Ish.
Cerita betul ni. Tak ada kena-mengena dengan cerita korea-jepun-taiwan kau tuh!”
Ada nada kesal dalam bicara Adam.
Bella
mencebik. Salah ke kalau tengok cerita korea-jepun-taiwan tu pun. Namun kata-kata itu tidak terluah di bibir.
Cerita diteruskan.
"Dia sayang sangat kat awek dia. Dan dorang pernah terlanjur"
What???
"Lepas
tu? Pregnant?" soal Bella tak sabar-sabar. Walau dinafi Adam, namun plot cerita masih berbunyi seperti drama Korea-Jepun-Taiwan-nya.
"Tak"
Ok.
"Tapi masa cuti semester, kawan aku ni ada kenal dengan seorang girl ...."
It's not ok.
"So?"
"Tiba-tiba
dia rasa, dia suka kat girl nih. Tapi dia still sayang kat awek dia"
sambung Adam lagi. Sekejap-sekejap matanya mengerling kepada Khai yang dari
tadi hanya mematung di sebelah Bella. Dia dengar ke tak ni? Ke telinga dah
plug dengan Mp3? Hati Adam pula berkata-kata.
"Tau..."
What the.....
"Lepas tu? Awek dia marah?"
"Tak. Awek dia tak kisah kalau dia suka perempuan lain. Awek dia sanggup tarik diri"
"Gila! Dah rosakkan perempuan tu pas tu nak cari lain. Ni lah lelaki!
"Dia sayang kat awek dia. Tapi dia pun tak sanggup nak kecewakan girl tu. Girl tu baik. Innocent sangat"
"Habis, girl ni tau tak laki ni dah ada awek?"
"Tak tau"
"Terus-terang je la" putus Bella.
"Lepas tu? Tinggalkan girl tu? Tak sampai hati la. Korang rasa, apa patut lelaki tu buat?"
“Kahwin je la” Khai mula bersuara setelah dari tadi diam mendengar.
“Dengan siapa?” soal Adam dan Bella hampir serentak.
“Dengan awek dia” jawab Khai selamba.
“Yang girl tu?”
Masing-masing
diam memikir. Bukan fikir pasal soalan Add Math kat depan mata. Tapi fikir
pasal soalan yang entah dari mana puncanya. Mamat ni pun, tak ada time lain ke
nak buat sesi luahan perasaan. Tambah sesak kat kepala je. Duhhh!. Masing-masing sudah hilang punca, antara Add math dengan masalah kawan Adam.
"Entah
la wey. Susah nak cakap. Kalau lelaki tu pilih awek dia, nampak macam terpaksa
lak. Kahwin tapi tak cinta ni payah. Nanti dua-dua merana. Kalau pilih yang
girl tu pulak, macam tak adil pulak. Ish...entah la. Pening kepala!" jawab Bella sambil menggeleng-geleng kepala sedikit kesal. Kenapa remaja zaman kini semakin hilang pegangan? Semua perkara kalau boleh nak diambil mudah.
"Tapi kahwin bukan sebab cinta semata-mata, kan? Tapi tanggungjawab" pintas Adam.
"Tapi
cinta tu penting gak. Takkan cinta kat orang lain then kahwin dengan orang
lain? Pas tu bila gaduh, ungkit cerita lama. Macam tu?" Bella tetap
mempertahankan hujahnya.
"Memang la. Tapi tanggungjawab tu lagi penting, kan? Cinta boleh datang kemudian"
True.
Adam dan Bella dah berbalah sesama sendiri sebelum Khai mencelah; "Ermm. So kalau kau, kau pilih siapa?".
Adam diam. Lama dia berfikir. Namun tiada kata putus yang terluah. Dia bangun. Dan terus berlalu.
Habis saja prep malam, Khai terus
balik ke bilik. Tak ada hati menjamah supper malam ni. Penat! Badan dihempas ke
katil. Homework Add Math siap jugak akhirnya. Fuhh...lega. Mata dipejam. Bukan
tidur. Kerana minda masih memikirkan tentang cerita Adam ketika prep tadi.
Cerita kawan kau, atau cerita kau sebenarnya, Adam?
No comments:
Post a Comment