...disaat kebosanan dan jiwa kacau!

Aku, Kau & Dia [20]




Hari ini sudah masuk minggu kedua peperiksaan percubaan SPM bagi semua warga pelajar tingkatan lima SMS Alam Impian. Walaupun rutin harian masih lagi sama; bagun pagi - bersiap -Subuh - sarapan - pergi kelas - balik kelas - lunch - Zuhur - Asar - high tea - dinner - Maghrib - Isya’ -ZZZzzzzz. Yang berubah mungkin dengan ketiadaan prep  petang atau pun malam sepanjang minggu peperiksaan. Aktiviti sampingan lain seperti basuh baju - angkat baju - lipat baju - iron  baju juga masih berjalan seperti biasa. Yang luar biasa adalah kepenatan. Dulu, rutin harian+aktiviti sampingan=penat. Sekarang, (rutin harian+aktiviti sampingan)(stress exam)=penat kuasa dua.

Lepas je balik dari kelas, Khai terus meloloskan diri ke bilik. Tiada hati menjamah supper  malam ni. Demam exam  betul-betul mematikan seleranya sepanjang dua minggu ini. Dengan baju kurung yang masih membaluti tubuh, Khai berbaring di katil sambil memejamkan mata merehatkan minda buat seketika. Walaupun tiada istilah wajib pergi prep  sepanjang minggu exam, dia tetap melangkah  juga ke kelas untuk membuat last minute revision.  Bukan apa, kalau study  kat bilik, memang tidur la jawabnya. Esok pagi Fizik paper 1&2, petang paper 3. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Matanya tercelik.

“Assalamualaikum” Kelihatan Sue dan Sha di muka pintu. Baru balik dari DS agaknya. “Laa..kau kat sini rupanya. Ingat belum balik lagi. Tak Nampak pun kau kat DS” tegur Sue.

“Aku tak makan hari ni. Tak ada selera” jawab Khai malas.

“Tak ada selera? Poyo!” komen Sha lantas masuk ke bilik diikuti oleh Sue. “Habis, kau tak ambil la baju kat dobi?” mengingatkan semula tentang pesannya supaya Khai dan Sue mengambil pakaian mereka yang masih tersadai di kedai dobi.

“A’ah la. Tu la. Aku cari kau kat kelas tapi tak ada. Kat DS pun tak ada. Malas la aku nak angkat sorang. Berat kot” balas Sue menala mata  ke arah Khai yang masih dipembaringan.

“Ermm...esok la. Tak larat la nak turun naik malam-malam buta ni” putus Khai sambil memejamkan mata semula. Terasa letih yang teramat sangat malam ni. Bila la exam  ni nak habis? Rungut Khai dalam hati.
“Eh, mana boleh. Dalam bakul tu ada baju sekolah. Aku nak pakai esok” kata Sha seraya bergerak ke katil Khai. “Khai bangun la. Ambil bakul dobi” pujuk Sha.

“Kalau Khai tak nak. Aku pun tak nak gak. Berat la nak angkat sorang-sorang” kata Sue seakan mengugut.

“Aku tak peduli. Korang kena ambil bakul dobi tu malam ni jugak!” bentak Sha lantas keluar meninggalkan bilik.

Khai pantas bangun dari katil. Pantang betul kalau ada yang membebel. Tension  dengan exam  tak habis lagi. Ni tambah pulak dengan kes angkat bakul dobi. Eh, bakul dobi pun perlu jadi isu ke? Dengan wajah yang mencuka, tudung yang disangkut di tepi loker dicapai.

“Jom”.

Kedai dobi asrama bersambungan dengan dewan seleran mereka. Biasanya, mak cik-mak cik dobi akan meninggalkan bakul dobi pelajar di bahagian luar depan kedai bagi memudahkan pelajar mengambil semula baju-baju mereka sama ada selepas sesi akademi mahupun selepas prep  malam. Pakaian pelajar puteri berbakul pink  manakala pakaian pelajar putera berbakul biru. Setakat ni tak pernah lagi berlaku masalah tertukar pakaian sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kalau sesiapa yang ada niat nak mengenakan orang, memang saja cari nahas la!
Setelah jumpa apa yang di cari, Sue dan Khai balik semula ke bilik. Sampai saja di depan pintu, tanpa memberi salam, tombol pintu dipulas. Kunci! Baru mereka perasan, lampu bilik juga gelap. Dah tidur ke?

“Bawak kunci?” soal Khai pada Sue.

Sue sekadar menggeleng. “Ketuk je la. Tidur kot”

Tidur? Awal lagi. Gumam Khai. Tapi pintu bilik tetap diketuk. Mulanya perlahan saja tapi bila masih tidak di buka, Khai mula hangin. “Wey, bukak la. Aku pun nak tidur jugak” Ish, tadi nak sangat bakul dobi, bila dah ambil kunci pintu pulak. Bebel Khai tak puas hati.

Sebaik saja pintu dibuka. “Happy birthday to you...happy birthday to you. Happy birthday to Qaireen. Happy birthday to youuuuuu”.  Sha, Mimi, Bella dan Sue dah mula berteriak melihat reaksi Khai.

“Ya Allah....” Khai meraup muka. Tiada kata yang terluah. Hilang semua rasa bengang, marah dan penatnya tatkala melihat rakan-rakan seangkatan di depan mata memegang kek. Blueberry cheese cake tu. My Fav!

So,  amacam? Bengang tak?” soal Bella sambil mereka berlima masuk ke bilik. Dapat di baca reaksi member sorang ni, memang alergik dengan sebarang kejutan.

“Bengang la. Dah la tension  dengan exam. Lepas tu main paksa-paksa hangkut bakul dobi malam-malam buta cenggini....haish!” jawab Khai, masih dengan nada tak puas hati.

“Tu la. Kitaorang pun sebenarnya tak tau macam mana nak halau kau keluar jkeap dari bilik ni. Sue la bagi idea suruh kau turun angkat bakul dobi” jelas Sha.

“Padan muka. Rasakan. Tapi seronok jugak sekali sekala ragging birthday girl”  balas Mimi. Makin galak la mereka ketawa. Membahan orang, memang seronok!
Khai mencebik. "Birthday girl  la sangat”.

“Eh, cepat la tiup lilin tu. Kau ada 20 minit je lagi sebelum birthday  kau expired” gesa Sue. May be dalam dunia ni, mereka je yang rajin buat surprise birthday party  pada minit-minit terakhir!

“Hey, make a wish first!”  tegur Bella.

Belum sempat kek dipotong habis, Sue dah memulakan idea kejinya. Aising kek dicuit sedikit sebelum di sapu ke muka Khai.

“Hoi!"
Bersambung lagi gelak mereka.

Perang aising kek berlangsung lebih kurang 10 minit. Habis tunggang-langgang katil masing-masing.

“Wey, dah...dah... Daripada kita dok main aising ni, lebih baik makan” ujar Khai berniat mengakhiri permainan.

“Takut la tu!” balas Sue.

“Bukan takut, ni membazir namanya” tambah Khai beralasan. “By the way, siapa yang beli kek ni?”

“Eddy” jawab Mimi ringkas.

Owh. Khai sekadar mengangguk kepala. Dan acara last minute birthday party  berakhir sekitar 12.20 pagi. Al maklum la, esok masih ada paper  yang perlu dijawab. Jadi, malam ni haruslah semuanya tidur awal. Kang, esok tak bangun, siapa pulak nak menjawab, kan??

Seperti biasa, sebelum melelapkan mata handset  yang disorok dalam bagpacknya wajiblah di’check’ dulu. Mana la tau kalau-kalau ada emergency call  ke, emergency message ke. Eh, ada ke emergency message?  Bukan kalau dah emergency  tu, orang main call  je ke? Tak sempat dah nak mesej-mesej bagai nih! Duhh.
1 message received.

Happy besday!!! I’m must be the last person who wishing you hepi besday, right? So semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Gud luck for next paper!:) Agak2 ada lagi x kek utk aku? xyah jawab, aku dah taw. Mesti dah abeskan?:(

Sender:

Eddy

 

16-09-2004

23:58
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment