Keadaan di kelas pada malam tu, biasa-biasa saja. Kebanyakan pelajar memang tidak betah duduk di tempat masing-masing untuk mengulangkaji pelajaran mahu pun menyiapkan homework. Jalan-jalan dan mengacau orang study lebih menjadi pilihan.
Sedang leka menyiapkan
homework Add Math, tiba-tiba datang satu suara.
“Ey, aku dengar
ko injured. Apa cite?” sapa Eddy.
“Cam tu la cite
dia. Tangan...kena kipas. Pas tu apa lagi. Kena jahit la!”
“Hahaha. Tu la ko. Ganas sangat. Kitorang yang laki ni pon tak ada kes jahit-menjahit-dijahit
bagai nih. So, kena jahit berapa?”
“3”.
“Tengok” celah
Adam. Merujuk pada jahitan di tangan Khai.
Malas nak layan,
Khai membuka sedikit balutan di tangannya.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
“Dah, cukup. Tak
leh tengok lebih-lebih!” balas Khai.
“Ko ok ke?” soal
Adam. Ada nada concern di situ.
“Ok”
Kemudian datang
la beberapa member lain untuk melihat dan menganalisa kecederaan yang tak
seberapa ni sambil disusuli dengan soalan dan komen, random.
“Ko ok ke tak?”
“Wey, tak sakit
ke?”
“Teruk sangat ke
sampai kena jahit?”
“Doktor kata
apa?”
“Cam ne leh injured ni?”
Haish. Tak larat
den nak jawab!
No comments:
Post a Comment