Di klinik, nasib
baik tak ramai pesakit. Jadi tak perlulah kami menunggu terlalu lama. Sebaik
saja masuk ke dalam bilik perunding, doktor terus memeriksa luka tersebut. Dia
memberi kata dua. Nak jahit boleh, tak nak pun tak apa.
“Tapi kalau awak
tak nak jahit, awak kena cuci luka ni selalu dan jaga baik-baik. Takut kena
infection pulak nanti” saran Dr Saiful.
“Erm. Doktor
rasa, which one better? Jahit ke tak payah jahit” biar yang arif je buat keputusan.
Malas nak fikir banyak-banyak nih.
“Kalau ikut saya, better jahit
sebab ...” yada...yada. Ayat terakhir Dr. Saiful dah tak
mampu nak dihadam. Apa yang penting sekarang ni, semua mesti settle cepat
kerana banyak lagi kerja yang menantinya di sekolah. 'Ish, mengalahkan aku pulak
yang kena orientasi'.
“Ok. Jahit je
la” putus Khai.
Dalam bilik
rawatan, Dr Saiful dengan dibantu oleh seorang staff nurse berusaha mengerjakan
luka di tangan. Bermula dengan ATT injection – untuk elakkan kancing gigi. Tapi
paling tak boleh tahan bila staff nurse tu cuci luka dengan Flavin. Pedih wooo!
Bukan cuci dah tu, kira menyental dah! Adeii.
Sambil-sambil
tu, Dr Saiful sempat menyembang. Psikologi. Untuk elakkan pesakit rasa sakit
untuk stiching. Tau sangat!
“Awak ni sekolah
form berapa?”
“Form 5”
“Form 5?
La...ingat form 3 tadi”
Dah agak dah.
Setakat nak kutuk aku baik tak payah. Ceit!
“Dah besar nanti
nak jadi apa?”
“Doktor”
“Oh.
Bagus...bagus. Eh, awak ni baik la. Tak nangis pon. Memang boleh jadi doktor nih”
Ek?
“Injure ni, boyfriend
tau tak?”
Hah?!
“Mana ada
boyfriend”
Doktor ni
pon....buat je la kerja tu. Membebel pulak. Rimas aku!
“Ye la tu. Habis
la awak, kurang 5 ribu duit hantaran nanti”
Apa-apa je la
doc. Malas nak layan.
Khai hanya
mendiamkan diri sehingga tamat stich yang ketiga.
“Ok, dah habis.
Mandi nanti, jangan kasi basah tempat jahit tu. Kalau rajin boleh cuci luka dan
tukar gauze tiap-tiap pagi. Dua minggu lagi, datang jumpa saya balik”
“Ok. Thanks
doctor!”
No comments:
Post a Comment