Kebiasaannya, waktu rehat digunakan untuk
menyerap segala nutrisi yang terhidang di DS. Tapi tidak bagi Khai dan Bella.
Cukup sekadar sarapan pagi yang dijamah sebelum bermulanya sesi akademik.
Sementara waktu rehat pula digunakan untuk merebut surat khabar yang memang
disediakan pihak sekolah untuk setiap kelas. Tujuan? – menggalakkan minat
membaca di kalangan pelajar. Pada masa inilah beberapa pasangan; Adam-Ad,
Khai-Bella, Bill-Q dan If-Tia akan berlumba siapa yang dapat surat khabar dulu.
Setiap pemenang berhak memonopoli bahan bacaan tersebut selama mana yang mereka
kehendaki. Jadi, haruslah Khai-Bella beriya-iya mendapatkan surat khabar lebih
awal. Kalau tak, tunggu sampai prep malam pun belum tentu dapat baca.
“Wey, after!” laung Tia sebaik terpandang
Khai dan Bella di muka pintu kelas sambil mengepit newspaper. Berita
Harian. NST.
“Ey, korang baca BH. Bagi la NST tu kat aku
dulu” cadang Bill pula.
Sementara Eddy yang tentunya tak puas hati
dengan kemenangan Khai-Bella mendapatkan newspaper, datang menghampiri. “Meh
sini. Korang baca gosip-gosip ni. Yang pasal bola kasi kat aku” kata Eddy cuba merampas untuk meleraikan surat khabar di tangan Bella.
Tapi pantas dihalang Khai. “Ah, tak ada
tak ada. Kalau nak, tunggu kitorang baca habis dulu baru korang baca” putus Khai.
“Kedekut! Fine. Lepas tu bagi kitorang”
balas Adam pula.
“Oii mana aci. Kitorang dah mintak dulu”
“Aci tak aci. Ada aku kesah?!”
“Wey, aku nak jugak!!”
“After!”
Begitulah ragam pelajar-pelajar kelas Beta setiap
hari. Pasal surat khabar pun nak gaduh.
Front page hari ini berkisahkan tentang
pengeboman di London.
Empat letupan berlaku di
stesyen keretapi bawah tanah dan bas di pusat kota London,
United Kingdom pada pagi hari Khamis 7 Julai 2005 mulai jam 8:50 waktu tempatan.
Tiga gerabak bawah tanah
London diletupkan dalam masa setengah jam, manakala
Sebuah bas dua tingkat London diletupkan 30 minit
kemudian...56 orang terkorban...
700 orang cedera...beberapa
orang dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat
masih lagi dijalankan...
Memang la dunia sekarang ni. Mana-mana pun
tak selamat dah.
“Beb, kau agak-agak siapa masuk world cup tahun
depan?” soal Bella tiba-tiba.
Lipat maut Khai menoleh. Terkejut dengan
soalan Bella. “Cepat betu kau baca. Aku ni front page pun tak habis lagi. Kau dah
masuk sukan. Pa cer?”
“Aku ex sekolah agama. Baca dari belakang.
Kanan ke kiri kan lebih afdal” jawab Bella selamba.
“Banyak kau punya afdal” jawab Khai. Mata
kini terarah pada newspaper di depan mata semula. “Tapi aku harap Jerman masuk” sambung Khai.
Pihak media melabelkan
serangan ini sebagai serangan berani mati...serangan ini
dikatakan dirancang oleh
sebuah organisasi semi-ketenteraan Islam di UK sendiri,
dan mungkin mempunyai
hubung kait dengan al-Qaeda.
Inilah Barat. Sentiasa mencari alasan untuk
menjatuhkan Islam. Bukan semua agama tu pencinta kedamaian ke? Kenapa mesti nak
kaitkan dengan agama? Kenapa bukan individually? Aku tak kata semua orang Islam
tu baik coz kalau nak ikutkan, berapa ramai la sangat orang Islam zaman
sekarang ni yang hidup berlandaskan Islam. Tapi kalau kata Islam tu agama
pengganas. Melampau! Memang tak adil la.
“Jerman terror ke?” Bella masih tak habis dengan bola.
“Entah. Tapi Jerman ada Miroslav Klose”
“Apa kena mengena? Kau minat dia ke?”
Khai sekadar mengangguk kepala, menjawab.
“Apa kes?”
“Sebab dia cute!”
Bella mencebik. Ceit! Cute la sangatttt!
“Hah, namakan 7 tempat pengeboman di London?!”
sergah Wani tiba-tiba. Khai dan Bella dah mengurut dada. Terkejut. Entah mana
datangnya minah seorang ni. Tau-tau je dah terpacak di depan mereka.
Wani tergelak melihat reaksi kedua
rakannya. “Cepat la. 7 tempat pengeboman di London?” soalan sama diulang
semula.
“Ish. Sibuk la kau ni. Time-time ni la nak main
trivia” rungut Bella. “Ermmm...New Jersy..ermmm...ntah. Tak tau la.” Masih
dalam nada tak puas hati. Namun sempat juga dia memberi jawapan. Walaupun hanya
satu.
“Nama je baca paper. Tapi bila soal, tak
tau jugak” bebel Wani sambil mencebik.
“Dah tu kau buat apa kat sini?” soal Khai
pula. Terganggu sedikit konsentrasinya terhadap isu dunia yang terpapar di
depan mata.
Wani tersengih sebelum menyambung; “Nak tumpang
baca paper dengan korang. Paper kelas aku budak laki dah conquer. Boleh?” belum
sempat Khai atau Bella membuka mulut, kedengaran suara Adam, Ad, If, Tia, Bill
dan Q menjerit hampir serentak;
“Tak boleh!!!”
No comments:
Post a Comment