Memang telah menjadi rutin harian mereka semenjak menjejakkan kaki ke sekolah ini empat tahun lepas, prep pada setiap pagi Sabtu akan dimulakan dengan morning call seawal jam 8 pagi lagi. Tapi entah apa malang nasib mereka hari ni apabila keempat-empatnya terlupa mengunci alarm seperti biasa. Nasib baik ada Bella.
“Beb, nak redah pergi morning call jugak ke
ni?” soal Bella, ragu-ragu.
“Gila ko. Nak mati?? Dah lambat ni. Teruk
kena dengan HEP kang” bangkang Sue. HEP atau penolong kanan Hal Ehwal Pelajar
merupakan orang yang paling digeruni oleh seisi pelajar SMS Sri Utama. Beliau
sememangnya terkenal dengan kelantangan suara tatkala berbicara lebih-lebih
lagi ketika menegur pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Jadi,
haruslah beliau diletakkan sebagai orang terakhir yang ingin dihadap oleh
kelima-lima mereka pada pagi ini. Apa kes kena marah depan junior? Hilang macho
la beb!
“Dah tu lepak mana? BA?”
“Tak boleh. Pengawas sure check BA punya”
“Toilet?”
“Toilet BA? No way! Sama je. Nanti kantoi
gak”
“Dah tu?????”
Bella, Sue, Mimi dan Sha saling bertelagah
tentang ke mana arah kaki hendak dituju. Untuk seketika hanya Khai yang masih
membisu seribu bahasa.
“Kalau toilet BA tak boleh, why not toilet dewan?” Khai memecah kebuntuan.
Keempat-empat kepala pantas menoleh Khai.
Tapi mulut masing-masing terkunci rapat. Memikir sejauh mana relevannya idea
Khai dikala ini.
“Tu pon bukan dikategorikan sebagai kerja
gila jugak ke?” soal Sha sangsi.
Mengikut interpretasi Sha, dewan yang mungkin dimaksudkan oleh Khai merupakan
tempat yang paling hampir dengan tapak berkumpul morning call kerana
ianya terletak betul-betul di luar pintu utama dewan. So tak ke naiya nak
meredah masuk ke dewan dan seludup masuk ke toilet?
Tapi tidak pada Khai. “Apa yang gilanya? Ko tak nampak pengawas
tengah berkeliaran kat asrama & BA nih?” tanya Khai sambil mata melilau
memerhati sekeliling. “Kalau kita ikut laluan dewan, sure dorang tak suspek
apa-apa. Coz dorang akan ingat kita guna laluan ni untuk tembus terus ke
dataran”
“Chop...chop. Maksud ko, kita lepak toilet
belakang dewan? Yang sebelah bilik persalinan tu?” soal Bella cuba membaca apa
yang tersirat di benak Khai.
“Dah tu? Korang ingat aku nak ajak pegi toilet
mana? Toilet yang kat main entrance tu?” Khai menjuling mata ke atas. “Kalau
yang tu, bukan setakat kerja gila. Tapi memang dah masuk phase menempah batu
nisan sendiri!” gumam Khai perlahan.
No comments:
Post a Comment