“Beb, masuk kali ni dah tiga kali kau call
aku. Tak penat ke?” dingin sekali suara Khai menjawab panggilan Adam untuk
kesekian kalinya.
First call received right after dia
sekeluarga menyudahkan breakfast pagi tadi. Kononnya nak tanya pasal homework
Kimia yang diberi khas sempena cuti semester ni.
Yang itu kira ok la sebab dia sendiri sedang berperang dengan homework
yang menimbun. Cikgu-cikgu ni pun satu hal, bagi homework macam la aku ni cuti setahun.
Gerutu Khai.
Panggilan kedua menyusul tatkala dia
bersenang-lenang melayan Bunny & Friends di kaca tv.
“Khai, kau ada nampak buku teks sejarah aku
tak, masa last day kita kat kelas? Puas aku cari dalam beg...tapi tak ada la
pulak” sungut Adam. “Kau rasa tinggal kat kelas ke?”
“Oii, agak-agak la beb. Kau ingat aku ni
secetary merangkap PA yang dok keje menjaga segala harta benda kau tu ke? Kot ye
pun nak tanya....” Duhh. Apa la malang aku dapat kawan macam ni!
Dan ini, panggilan Adam yang ketiga. Memang
la sepanjang hari ini handsetnya bordering dengan hanya disebabkan pemanggil
seorang ni.
“Rilek la beb” sahut Adam sambil tersengih.
Entah kenapa, hari ini jarinya terlalu ringan mendail nombor rakan yang seorang
ni. Terasa rindu pulak mendengar suara Khai. Tak kisah la walaupun hanya jerit
pekik yang mungkin kedengaran.
“Apa pulak yang kau lupa kali ni? Aku nak
tidur dah ni” jawab Khai sambil menahan kuap. Jangan kata kau lupa mana kau letak
ic kau dah la. Memang nak kena pelempang namanya!
“Tak. Just nak tanya.....” Adam dah senyum
meleret sebelum menyudahkan ayat. “....raya tahun ni jatuh hari apa ek?”
Ini memang nak kena pelempang namanya!
No comments:
Post a Comment