“Wey, dengar ni. Hari ni tak payah turun
Lab Bio coz cikgu kata, dia akan naik kejap lagi. So korang duduk diam-diam tunggu
dalam kelas” umum Wawa selaku katua kelas.
“Yahoooo” Eddy dah melompat dulu kat sudut
belakang kelas. Tak turun lab maknanya tak ada sesi soal-jawab atau lebih tepat
lagi sesi buka buku-tutup mata. Bagi Eddy kelas Bio merupakan mimpi ngeri paling
real yang pernah dialami. Dia memang tidak betah duduk mendengar celoteh cikgu
di depan apatah lagi membaca buku bio yang bosan tuh!
Khai dan Bella tidak peduli dengan
pengumuman tersebut apatah lagi untuk menghiraukan dengan keadaan kelas yang
mula hiruk piruk. Keresahan menanti kedatangan trial SPM jelas terpancar di
wajah masing-masing. Dua minggu bukanlah ruang masa yang cukup untuk cover kesepuluh
subjek tingkatan empat dan lima. Jadi masa senggang seperti ini perlu digunakan
sebaiknya untuk membuat sedikit persedian selain terpaksa mengorbankan waktu
tidur.
“Assalamualaikim semua” sapa cikgu Zhai
sambil tersenyum tatkala kaki melangkah masuk ke kelas 5 Beta. Salam tersebut
disahut oleh seisi kelas sebelum mengambil tempat duduk masing-masing.
“Okay. Nak tanya ni, trial lagi berapa
hari?” soalan pertama cikgu Zhai pada hari itu.
“2 mingggguuuuuuuuuuu” jawab semua hampir
serentak.
“So, hari ni nak belajar ke tak?” soal
cikgu Zhai. Sekadar menduga, mungkin.
“Tak nakkkkk” jawapan kali ni kedengaran
lebih kuat dan bersemangat berbanding jawapan yang pertama.
Cikgu Zhai hanya tergelak mendengar jawapan
anak-anak muridnya. Seperti yang diduga. Walaupun exam nak dekat, tapi tak nak study. Ni la
budak-budak zaman sekarang. Payah!
“Okay, fine. Kita tak payah belajar hari.
So, boleh la buat kerja sendiri. Nak siapkan homework ke...study ke...kalau ada
apa-apa tak faham boleh tanya saya kat depan”
Kata-kata cikgu Zhai itu sememangnya menghadiahkan seribu kelegaan di hati
masing-masing. Semakin dekat hari exam, semakin malas nak belajar. Kenapa ek? Stress mungkin.
“Tapi....cikgu ada satu soalan” sambung
cikgu Zhai sambil menebar pandangan keseluruhan kelas. Dahi masing-masing berkerut
sambil menanti soalan yang bakal terpacul dari mulut cikgu Biologi itu. Mungkin
juga ada segelintirnya yang tak puas hati. Kata buat kerja sendiri, tapi ni ada
soalan pulak. Duhh!
“You guys mesti ada baca paper minggu
ni,kan?” soalan yang tak menuntut jawapan. “So mesti tau pasal taufan yang
melanda Amerika. Kalau you guys perasan, kebanyakan taufan kat Amerika tu mesti
guna nama perempuan. Irene, Katrina, Rita, Veronica, etc. Agak-agak kenapa
ek?”sambung cikgu Zhai lagi sambil tersenyum. Geli hati melihat mimik muka
pelajar-pelajarnya. Muka masing-masing berkerut berfikir tentang soalan yang baru sahaja
diutarakan atau mungkin juga memikir di mana relevannya dia menanyakan soalan
sebegitu di tengah-tengah kelas Biologi.
“A’ah la cikgu. Baru perasan, semua nama
perempuan. Diskriminasi betul” rungut Fia.
Manakala yang lain masih dibisukan dengan
soalan yang tidak disangka-sangka. Is it Pengetahuan Am or what?? Kalau Bio,
memang tak la.
“Entah la cikgu. Tak tau. Cikgu tau
kenapa?” soalan berbalas soalan.
Senyuman di bibir cikgu Zhai masih tak
lekang. “Actually cikgu pun tak tau. Saja nak tanya, kot kot korang tau”.
“Erk...may be..Kalau la boleh kita anggap
American tu sebagai orang-orang yang jahil....” Khai bersuara memecah kebuntuan
sambil menyusun ayat menzahirkan apa yang tersirat di benaknya tatkala ini.
“Well....kalau ikutkan masa zaman jahiliah dulu, dorang menganggap perempuan ni
sebagai pembawa malang or sial. Sebab tu la dorang tanam anak perempuan hidup-hidup.
So, may be samalah dengan situasi sekarang. Bezanya cuma tak ada lagi isu tanam
hidup-hidup. Sekadar menamakan malapetaka atau bencana dengan nama perempuan.
Simbolik terhadap pemikiran dulu....mungkin” Segalanya mungkin. Tiada jawapan
yang tepat dapat diberikan. Dia tidak belajar, mengkaji atau mengklasifikasikan
jenis-jenis malapetaka yang berlaku. Pengetahuannya agak terhad. Cuma mampu berfikir
berdasarkan logik akal.
Cikgu Zhai terdiam seketika. Pelajar-pelajar yang
lain pula memandang sesama sendiri. Mungkin juga mereka sama seperti Khai yang
mencari logik disebalik analogi yang dinyatakan sebentar tadi.
“May be” ringkas komen dari cikgu Zhai. Wajah
serius pelajar-pelajar di depannya dipandang satu-satu sebelum menyambung; “Dah..dah
la tu. Tak payah fikir sangat. Sekarang buat kerja masing-masing. SPM nak dekat nih”.
No comments:
Post a Comment