“Surat apa ni ma?” soal Hanis pabila mata
menyapa sekeping surat di atas cabinet ruang tamu yang terang-terang tertera
namanya di muka depan sampul.
“Mana mama tau. Surat Hanis. Buka la..baca”.
Surat tersebut dicapai sambil hati
tertanya-tanya. ‘Nipisnya. Hantar surat ke sampul surat je ni??’ Dengan
hati-hati hujung sampul dikoyak dan sekeping nota bertulis tangan ditatap baca.
Senyuman leret terukir tatkala menyudahkan bacaan.
Assalamualaikum wbt.
Hey beb,
Lama tak dengar berita. Everything’s good?
I’m glad to see you ASAP. Almost 5 years...I’m
missing you.
Please do call this number right after you receive
my note.
019-654321
-suria-
“Bertuah punya Suria! Ingat ni zaman
sekolah ke?” Teringat kembali ketika zaman sekolahnya. Kad-kad kecil
sebeginilah yang selalu digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan apabila
terpisah mencari haluan masing-masing selepas tamat sekolah rendah mahupun PMR.
Tak macam budak-budak sekarang, segalanya dihujung jari. Mereka terlalu mewah
dengan benda-benda hi-tech. Iphone, BB, Ipad, macbook....ah, just name it.
Semua dorang ada!
“Surat dari siapa?” soal mama yang tiba-tiba
berdiri di sebelahnya.
“Suria”.
Berkerut dahi mama mendengar nama itu. Macam
pernah dengar tapi ... “Suria kawan sekolah kamu dulu tu?”
Hanis mengaguk kepala, mengiyakan. “The one
and only la ma”.
“Lama tak dengar khabar dia. Nanti ajak la
dia datang rumah. Makan-makan ke..” cadang mama lagi.
Hanis memandang
mamanya sekilas. “Mama ni, semua kawan Hanis mama mesti nak ajak datang rumah”.
“Iye la. Kata
kawan. Alang-alang tu bawak la datang rumah. Makan-makan, borak-borak. Boleh la
mama kenal-kenal dengan kawan-kawan kamu tu”.
Hanis ketawa
mendengar hujah mamanya yang panjang lebar. Kalaupun mamanya tidak bersuara, dia tetap
akan menjemput Suria datang ke rumah. Lama benar dia tidak ketemu rakannya itu.
Ketika zaman sekolah dulu, rajin juga Suria datang ke rumah menghabiskan cuti
semester mereka bersama. Ah, rindunya zaman itu!
“Ish, orang
serius dia gelak pulak!".
mesti best hanis,dapat ketemu semula ngan sahabat zamman persekolahan!tapi nape pendek na dek...tempek panjang cikit ye dek!!!!
ReplyDelete