Imbas
kembali...
“Wey..wey...korang nak beli kad tak?” soal
Kid sebaik meredah masuk ke kelas 5 Akasia.
Hanis dan Suria yang ketika itu tekun
menyiapkan lab report biologi mengangkat kepala seraya menggeleng kepala.
“Waalaikumussalam. Maaf cik, no saleperson are allowed to be here”. Serius
suara Suria menutur.
Kid mencebik. “Ek eleh. Ey, korang nak beli
tak? Beli la...beli la..” Kid cuba memancing mangsa pertamanya untuk hari itu.
“Sendiri soal, sendiri jawab. Baik tak
payah!” cemuh Hanis pulak.
“Alaa..beli la. Boleh kasi kat member MRSM
yang lain. Free posting. Bayar untuk kad je”
“Really???” Hanis mula teruja. Benda free,
siapa tak nak. “Kalau pakai kad sendiri pun free jugak?”
“Oit, kedekut! Kad sendiri, pos sendiri
la!”
Hanis dan Suria mengekek ketawa mendengar
jawapan Kid beserta mimik muka yang jelas tak puas hati dengan tingkah mereka.
Begitulah rencah kehidupan mereka sejak dipertemukan di awal kemasukan ke
sekolah berasrama penuh ini.
Walaupun rata-rata beranggapan bahawa Maktab
Rendah Sains MARA kini tidak lagi relevan akibat penubuhannya bak cendawan
tumbuh selepas hujan lantas menjadikan mereka bukanlah di kalangan yang
terpilih kerana terang-terang MARA telah membuka terlalu banyak ruang kemasukan
pelajar baru. Namun itu semua tidak menjadi isu sekurang-kurangnya untuk Hanis,
Suria dan Akidah aka Kid. Berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh dan
berjumpa rakan-rakan dari pelbagai latar belakang seolah-olah memberi ruang
kepada mereka meneroka kehidupan melalui perspektif dan dimensi baru.
“Ala...laa..jangan la merajuk”Hanis cuba
memujuk. “Kau jual untuk homeroom ek? Berapa satu?”
Akhirnya soalan itu berjaya menarik senyuman
di wajah Kid. “Satu 50 sen. Lima, dua ringgit. Kau ambil lima la” cadang Kid
lagi. Bersungguh benar dia nak menghabiskan jualannya.
“5??? Banyak gila! Nak bagi siapa?”
“Ntah. Satu, sudah!” tingkah Suria pula.
“Kedekut la korang ni. Kira murah la tu.
Beli empat, percuma satu!” masih lagi tawar-menawar.
Sepuluh jenis request card yang pelbagai
saiz dan lakaran kini mengambil tempat mengalih perhatian dari report biologi
yang belum pun sampai separuh disiapkan. Di kepala masing-masing mencongak kad
manakah menjadi pilihan dan kepada siapakah kad-kad tersebut hendak dituju.
“Kau ramai member-member kat MRSM lain?”
soal Suria.
“Ada la jugak". 'MRSM
Langkawi..Berseri..Taiping..Jasin..Muar...hurmm ramai gak nih’. Hanis menggumam
sendiri. “Eh, ni je ke yang kau ada?” soal Hanis kemudiannya.
“Gila! Takkan kau nak beli semua?” soal
Suria.
“Saja je tanya”.
Kid dah mengeluh panjang. “Ingat dah
kira-kira, nak beli terus je. Banyak cekadak la korang nih” sungut Kid tak puas
hati. “Ada lagi yang lain. Dorang tengah sketch”.
Hanis dan Suria berbalas pandangan. Alah
membeli, menang memakai.
“Ok, kalau macam tu. Kitorang beli 5 dulu.
Nanti kalau design baru dah siap, kau bawak sini. Kalau cun, kitorang beli” janji
Hanis.
“Tara hal!”
Sebaik sahaja Kid meninggalkan mereka,
Hanis dan Suria berkira-kira untuk mereka pula.
“Pilih. Kau ambil dua, aku ambil dua”
“Satu lagi?”
“Satu lagi.....” jari jemarinya mula
mengetuk-ngetuk meja, berfikir.
Suria dah angkat kening. Cuba mengagak
rancangan rakannya. ‘Ada la tuh’. Suria berkata sendiri.
“Yang tu nanti kita fikir..” jawab Hanis
penuh muslihat.
Dah agak dah.
No comments:
Post a Comment