Sampai saja di
bilik, badan terus dihempas ke katil. Huh, heaven betul! Padahal sesi akademik
hari ini tak la begitu memenatkan. Khai, tido....tido...tido. Tu je kerja kau!
Hati berkata-kata sendiri.
Sambil
bergolek-golek atas katil, kepala ligat merencana. ‘Program start lambat lagi,
pukul 3. Habis tu, sekarang nak buat apa, ek?’ Lantas mata terpaku seketika
pada loker yang masih belum berkemas. ‘Ah, kemas loker kejap la’.
Tanpa menukar
uniform sekolah, Khai bingkas bangun memulakan kerja yang tertangguh.
Memandangkan ketinggian diri yang tak seberapa, kepala katil menjadi ‘tangga’
bagi memudahkannya membersihkan bahagian atas loker. Roomates yang lain sibuk
dengan aktiviti masing-masing. Sue, setia dengan komik di tangan. Mimi pulak
sejak balik dari lunch tadi masih berteleku di meja study. Sha? Ermm...dah selamat
tido dah budak tu.
Mengemas dengan
baju kurung yang masih tersarung di badan sangat membataskan pergerakan. Lantas
tangan kiri diangkat tinggi untuk menyinsing lengan baju tanpa memikir tentang
kipas yang ligat berputar di siling.
Zapppp!
‘Auch! Cess...mana
pulak datang kipas ni ???’ Tangan terasa kebas tapi masih tetap meneruskan
kerja pembersihan. Hinggalah mata tertacap pada darah di hujung lengan baju.
Pergelangan tangan diperiksa. Darah! ‘Oh man....patut la kebas dari tadi’
Kelihatan darah mengalir dari bahagian yang sedikit terkoyak.
“Ko kenapa
Khai?” soal Sue yang mungkin sedikit terganggu dengan kejadian sebentar tadi.
“Erk.
Tangan....kena kipas.” sambil jari telunjuk mengarah ke kipas yang masih ligat
berputar di atas kepala.
“Ko rasa dalam
tak luka ni?” tanya Khai yang turun dari kepala katil sambil menunjuk
pergelangan tangan kirinya.
“Tengok” pinta
Mimi yang tiba-tiba datang menerjah. “Ish. Better ko pegi cuci dulu. Stopkan
darah tu” arah Mimi.
Tanpa berlengah lagi,
Khai terus ke toilet dan membersihkan lukanya. Kemudian tangan Khai diperiksa
semula oleh ‘Dr. Mimi'. Dan-dan dapat
title Doktor, kan?
“Eh, aku rasa
dalam jugak luka ko ni. Mau jugak la kena jahit nih”
“Oit, agak-agak
la sikit. Takkan....kot” Cuak tak cuak la. Tapi, boleh percaya ke budak nih?
“Betul. Ko
tengok nih...dalam tu...” kata Mini bersungguh. “Dah pegi siap. Aku teman ko
jumpa fellow. Mintak hantar pegi klinik” sambungnya lagi.
Malas nak fikir
panjang, Khai menurut saja cadangan Mimi. Kembali semula ke bilik sebelum turun
ke bawah mencari fellow bertugas.
No comments:
Post a Comment