“Wey, jom discuss pasal next week punya
presentation?”
“Ah, tak ada...tak ada. Pagi ni kitorang
nak siapkan report chemistry” seraya
mengeluarkan berkeping-keping kertas A4 dari dalam failnya. “Literature
tu kita discuss lain kali. Or petang nanti ke. Tak kisah la bila-bila tapi
bukan sekarang” tegas Bella lagi.
“Petang ni tak boleh. Aku ada hal” jawab
Adam sambil menarik kerusi menghadap ke meja Khai dan Bella tanda sedia
memulakan sesi perbincangan pada pagi itu. “Eddy, discuss jom!” laung Adam.
Khai dan Eddy, masing-masing terpinga-pinga. Manakala Bella pula mendengus tanda protes.
“Fikir hal dia je. Hal orang lain tak fikir
pulak” gumam Khai. Walaupun perlahan namun cekap menembusi gegendang telinga
Adam.
“Report tu buat kat bilik pon boleh. Korang
discuss dua orang je pon” dingin sekali bunyinya. “So, shall we....?” sambung
Adam sebaik sahaja Eddy menyertai mereka.
Perbincangan mereka bertopikkan poem karya
Robert Frost – The Road Not Taken. Tak sampai setengah jam setelah pengagihan
tugas dan peranan, Adam terus bangun menolak kerusi ke belakang.
“Oit, blah macam tu je?!” lantang Bella
bersuara.
“Apa hal dia tu? Semacam je” soal Khai
perlahan pada Eddy.
“Entah. Budak bermasalah! Malas nak ambil
port” Pen dan A4 yang berterabur di atas meja dikutip satu-satu. “So, ada
apa-apa lagi tak?” Eddy angkat kening, bertanya.
“So far tak ada apa-apa. Tapi kalo ada
prob, message je la. Hopefully Isnin ni semua settle. Selasa nak present dah”
“Right!”
No comments:
Post a Comment