“Eh, ko perasan tak?
Adam nampak lain sekarang ni, kan?” soal Bella ketika dia dan Khai menikmati
makan tengah hari.
“Agak la. Dah la suka ponteng kelas. Eddy
kata, on weekend pun dia selalu tak ada. Balik rumah katanya”. Teringat dia
pada kejadian di makmal Kimia sebentar tadi.
“Adam mana?” dingin soalan pertama cikgu
Fauziah sebaik sahaja kelas Kimia bermula. Namun hampir kesemua pelajar 5 Alfa
tunduk membisu. Mereka sedar ini bukan kali pertama cikgu Fauziah bertanyakan
perihal Adam. Bahkan, guru-guru subjek lain juga turut merungut dengan
tindak-tanduk Adam akhir-akhir ini. Semendang ponteng kelas.
Melihat situasi
itu, “Fine. Back up la kawan awak tu. Tapi sampaikan pesan saya kat dia” cikgu
Fauziah menarik nafas panjang sebelum menyambung; “selagi dia tak datang jumpa
saya minta maaf dan explain semuanya, saya tak izinkan dia masuk kelas saya
lagi lepas ni”. Itulah kata-kata akhir cikgu Fauziah sebelum meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran pagi itu. Seisi kelas saling pandang-memandang
antara satu sama lain. Ada yang berkerut dahi tak kurang juga yang berbisik
dengan rakan sebelah. Kata-kata cikgu Fauziah kali ini bukan main-main. Nampaknya
kesabaran cikgu yang berpengalaman lebih 10 tahun itu telah tercabar!
Selama satu jam
dua puluh minit itu tidak kedengaran langsung suara-suara sumbang yang
menyembang atau bertanya soalan. Bukan sebab terlalu fokus dengan apa yang
diterangkan di papan putih depan kelas tetapi kerana tersentak dek hukuman
mandatori cikgu Fauziah yang baru saja dijatuhkan pada Adam.
“Balik rumah?
Ye la sangat. Entah-entah melencong tempat lain” bebel Bella menarik Khai
kembali ke alam nyata.
Khai mengeluh
panjang sambil mengangkat bahu tanda, tak tahu!
What’s going on, Adam?
No comments:
Post a Comment