“Beb, cuba cerita sikit apa sebenarnya dah
jadi ni?” soal Suria ketika mereka sama-sama menikmati Blueberry Cheese Cake
kegemaran mereka.
“Cerita apa?” balas Hanis sambil meneruskan
suapan walau ia terasa kelat di tekak.
Garfu di tangan dilepas ke piring. “Jangan
buat-buat tak tau Hanis. Aku tau kau faham maksud aku” selaku peguam, dia faham
bagaimana cara menangani orang yang suka berdolak-dalik seperti ini. Cuma
bezanya, orang yang berada di depannya kini merupakan kawan baiknya sendiri dan
bukan client untuk kes-kes yang menimbun di pejabat. Tapi kalau hanya dengan
provokasi dan sikap no compromy sahaja yang mampu membuka mulut Hanis bercerita, maka dia tidak teragak-agak
untuk menggunakannya. Kalau boleh dia mahu berkongsi rasa dengan Hanis sama
seperti ketika di zaman persekolahan dulu. Susah senang bersama! Itulah prinsip
mereka berkawan.
“Dah tak ada apa nak diceritakan”.
Suria mengeluh panjang mendengar jawapan
Hanis. “So kau ada pergi hospital..jenguk Azhar?”
Hanis hanya menggeleng kepala.
“Tak baik kau buat dia macam tu. Aku kenal
kau. Dan aku percaya kau masih sayangkan dia. Pergilah jenguk dia. Jangan sebab satu
benda, kau nafikan semua kebaikan dia. Kutip balik semua kenangan korang
tuh”.
“Tak ada manusia yang boleh survive dengan
kenangan semata-mata”
“Orang kalau tengah drive pun akan jeling
cermin pandang belakang sekali-sekala untuk pastikan perjalanan selamat. Dan
sekarang dah sampai masa kau pulak jeling sikit kenangan korang untuk pastikan
kau move forward dan bukan berenti tiba-tiba kat tengah jalan”.
Uh?!
No comments:
Post a Comment