“Oit, sorang je? Bella mana?” tegur Adam
sebaik saja sampai di muka pintu kelas.
“Bella kat bilik. Macam biasa la” jawab
Khai. Kalau nak diikutkan memang tiada hukum wajib prep di petang-petang Jumaat.
Tapi memandangkan SPM yang semakin hampir, digagahkan juga kaki untuk mendaki
bangunan akademik empat tingkat ni. Pada sesiapa yang berniat nak study kat
bilik tu, memang patut dilupakan je sebab confirm hanyut. Study plus tidur. Equal to, stud-o! Macam Bella.
“Dah tu, kau tak lepak bilik lak
petang-petang nih. Korang kan kawan sehati, sejiwa” kaki dah menghala ke meja
Khai. Kerusi dari meja depan ditarik pusing menghadap Khai yang sibuk dengan
macam-macam past year questions atas mejanya.
“Sehati sejiwa tak termasuk sebilik
sekatil!” dingin Khai membalas.
“Apsal kau? Hangin semacam
je. Apa yang kau tak puas hati ni?” Adam sedikit membentak bila dilayan sebegitu. Bagai ada yang tak kena. Tapi, apa?
“Nothing”
Adam mendengus kasar mendengar jawapan
Khai. Sumpah, dia tak tahu apa salah silapnya sampaikan Khai acuh tak acuh, layan tak layan dua tiga
menjak ni.
“Fine!" Dia mangangkat tangan tanda mengalah Manakala Khai mula mengemas meja bersiap-siap untuk pulang. Study kat bilik je la, fikir Khai lagi.
"Tak habis lagi ke kau fikir pasal cerita malam tu?" soal Adam rendah.
Langkah Khai mati seketika dengan soalan yang tidak semena-mena. Tapi dia tidak menoleh. Hayun kaki diteruskan juga.
Adam tersandar sambil mengeluh.
No comments:
Post a Comment