Keadaan Secret Recipe petang ini agak
tenang. Terdapat banyak meja-meja kosong di kiri kanan restoran. Mungkin kerana
hari ini adalah hari bekerja dan bukannya hujung minggu di mana menjadi tumpuan
pengunjung menjamu selera. Atau mungkin juga kerana jam telah melewati waktu
makan tengah hari.
Matanya masih juga begitu. Melilau
memerhati sekeliling tanpa fokus. Jam di tangan kiri dikerling sekilah. Tiga
setengah. Bermakna sudah hampir setengah jam dia membuang pandang. Kebosanan
semakin menekan. Jari-jemari mula mengetuk-ngetuk perlahan permukaan meja segi
empat itu bagai menghitung detik menanti teman.
Dia mengeluh perlahan sambil mata menala
ke arah seberang jalan melalui cermin sisi restoran. Bosan.
“Hey, babyyyyyy!”
Laju dia berpaling dengan sedikit mendongak.
Bibir mencebik. “Don’t baby me around la”
balas Ain sedikit geram. Tidak gemar benar dia dengan gelaran itu.
Meletus ketawa si teman. Kerusi di hadapan
Ain ditarik. “Sorry beb. Susah dapat parkir la”.
Ain diam tanpa sebarang reaksi.
“Kau dah order?”. Tanpa menunggu
jawapan Ain, dia sudah melambai tangan menggamit salah seorang waiter di situ.
“Kau datang dengan apa ni?” soal Ana sebaik
sahaja pelayan tadi beredar setelah mengambil pesanan mereka.
“Kereta” jawab Ain pendek.
“Whoaa. Dah pakai kereta. Tak tau pun” Ana
sedikit terkejut dengan berita yang baru didengari itu. “Boleh la bawa aku pergi
jalan-jalan lepas ni” sambung Ana dengan senyum panjang.
“Boleh. Tak ada hal” Seperti selalu,
begitulah sikap Ain. Tak pernah lokek dengan kawan-kawannya.
“Kereta apa beb?”
“Kelisa”
“Ek?! Kelisa? Kenapa Kelisa?” soal Ana
sedikit pelik.
Tapi Ain tidak terkejut dengan
soalan itu. Dalam lambakan model-model kereta baru sama ada buatan tempatan
atau import, memang agak asing jika masih terdapat orang yang bekerjaya
sepertinya memilih kereta comel keluaran Perodua itu.
“Kalau aku mampu dah lama dah aku angkat
CRZ tu, cash!”
Jawapan spontan yang terpacul dibibir
temannya sekali lagi mengundang ketawa. “So, kau ambil cash la Kelisa tu?”
Ain mengangguk kepala. “Senang. Malas nak
fikir bayar bulan-bulan”.
Ana pula menggeleng kepala.
Kadang-kadang cara berfikir Ain ni memang luar alam sikit. Fresh orange yang
dipesannya tadi dihirup sedikit membasah tekak. “Boleh pulak macam tu”.
Fries di pinggan disua ke mulut. “Lepas ni
boleh fokus kumpul duit beli rumah pula” ujar Ain membentangkan perancangannya.
Bulat mata Ana mendengar. “Whaaa. Bestnya”
Di fikiran dah boleh membayangkan rumah yang bakal dibina Ain. Iyelah, takkan
seorang arkitek nak beli rumah yang bukan-bukan, kan?
“Hey, jangan kau bayangkan rumah aku tu ada
TV LCD 42”, sebab aku tak suka sangat nak tengok TV nih” pintas Ain mamadam bayangan
Ana.
Senyum dibibir mati. Ek?
Kini potongan kecil daging yang digrill
pula disua ke mulut dan mengunyah perlahan. “Jangan kau bayangkan juga rumah
aku tu ada home theatre, sebab aku tak suka bunyi bising. Nak karok kat rumah
aku lagi la tak boleh. Lagi-lagi kalau jenis suara yang ke laut. Uh, horror!”.
Berkerut dahi Ana mendengar penjelasan yang
tak diminta itu.
Ain tidak menghiraukan reaksi Ana. Potongan
kecil daging masih dibawa ke mulut. Lapar benar rasanya. “Jangan kau bayangkan
juga rumah aku tu ada kolam renang. Aku dah merasa kena penangan denggi. So aku
memang tak berniat nak menternak Aedes kat rumah”.
Bertambah segaris lagi kerut di dahi.
“Jangan kau bayangkan juga yang rumah aku
tu ada kolam ikan”. Kali ini mukanya diangkat memandang teman di hadapan. “Kau
tau, dua hari housemate aku balik kampung, sekali je aku kasi anak-anak ikan
dalam akuarium kat rumah tu makan. Kalau aku aku bela jugak ikan, alamatnya
mati bergelimpangan ikan-ikan tu semua”.
Jari menggaru-garu kepala yang tak gatal,
mengganti kerutan di dahi yang mula mengendur. “Dah tu, rumah kau ni yang macam
mana?” Soal Ana menghamburkan persoalan yang tertahan dari tadi.
Ain senyum. “A home that our feet may leave but not our hearts”.
“Hah?!”
“Aku nak bina rumah idaman. Bukan istana
kayangan”.
*************************
#tipsbijakwang
Pastikan ansuran bulanan kereta plus rumah tidak lebih 50% daripada gaji bersih.
Selamat menabung!
Jangan menyumbang kepada senarai bankrupsi di Malaysia
& have a nice day!
No comments:
Post a Comment