...disaat kebosanan dan jiwa kacau!

Aku, Kau & Dia [23]




“Wey Khai, tunggu jap! laung Adam sambil melangkah ke arah Khai yang bersedia meninggalkan kelas.

“Apa hal?” laju kaki melangkah tidak diperlahankan. Tak pasti sama ada dia ingin lari dari siapa atau memang dia perlu mengejar waktu Asar yang kian singkat.

“Rilek la. Kau nak balik dah ke?” sedikit mengah Adam mengejar derap langkah rakan sekelasnya itu.

“Hah la. Takkan nak melangut kat sini sampai maghrib kot” sungut Khai lagi. Assignment   yang makin menimbun menjelang peperiksaan membuatkannya terleka hingga tidak sedar akan tuntutan ibadah yang satu itu.

“Jap la. Aku ada something  nak cakap kat kau ni”. Sindiran Khai tidak dihiraukan. Dia tahu pasti ada rasa terkilan di hati gadis itu berkenaan tindakannya. Kalau tidak, masakan Khai laju meninggalkan kelas sebaik saja dirinya muncul di muka pintu tadi. Semenjak dua menjak ini, ketara sungguh yang Khai sengaja mengelak jika mereka bertembung.

“Apa dia?”

Adam menarik nafas dalam-dalam. Berat sungguh lidahnya untuk berkata-kata. Tapi kekusutan mesti dileraikan. Tak sanggup rasanya nak kehilangan rakan sezaman dan seangkatannya ini.

“I’m sorry okay. Truly sorry.  Aku tak tau nak cakap macam mana” tergantung seketika ayat yang telah dikarang dalam kepala.

“Tak tau nak cakap, tak payah cakap. Aku pun belum tentu nak dengar” kaki diangkat memulakan langkah. Tapi Adam terlebih dahulu menyekat perjalanan Khai.

“Okay, wait...wait. Fine. My bad my sin my mistakes”  tangan diangkat menyembah memohon maaf. Satu keluhan berat terlepas dari kerongkong. “But it just happen, kay. The split seconds, everything just...just... happens. Like that”  lemah suaranya. Sungguh dia menyesal dengan apa yang terjadi. Dan untuk merungkai segala dosanya kini, terasa berat sekali. Tetapi dia tahu, honesty is the key for friendship.

Just happen   kau kata. Amboi senangnya. Kau tak fikir ke sebelum buat apa-apa? Setan mana yang dah rasuk kau ni?” Marah yang terpendam selama ini terluah juga. Khai menggeleng kesal. Sungguh dia kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi tiada apa yang dapat ditelingkahkan kalau apa yang tak patut terjadi, dah pun berlaku. Cakap apa pun dah tak berguna. Sekali lagi kaki dikerah meninggalkan kelas. Kepalanya benar-benar kusut.

“Aku sayang kau” jujur kata-kata Adam membuatkan Khai tergamam, menoleh ke belakang. Tajam mata yang menusuk meminta penjelasan akan ayat yang sebaris itu.

Adam memejam mata meraih kekuatan. Emosi dan fikiran saling meningkah menterjemahkan apa yang bertanda di hati.

Kebisuan Adam menghantar debar di dada. Apa maksud kau Adam. Khai berteka-teki.

Jangan bermain dengan api, putus akal. Mata dibuka perlahan bila kata sepakat dicapai. “Aku sayang kau. Aku sayangkan friendship  kita ni. I’m sorry”  Aku tak nak hilang kau, Khai. Tak nak hilang kawan-kawan aku. Sumpah! “Are we still freinds?”

Khai menarik nafas panjang. Jauh pandangannya pergi melepasi bangunan akademik empat tingkat itu merentasi padang sekolah. Debaran hati cuba dikendurkan. Senyuman sedaya-upaya diukir walau rasanya ternyata pahit.

“Sedapnya cotton candy  sebab gula. Indahnya lukisan sebab colournya. Interestingnya our friendship sebab kimia” spontan terlepas kata-kata keramat itu dari bibir dengan mata yang masih mencari fokus di tengah padang.

Uh?! Adam mengangkat kening bertanya. Kurang faham dengan butir bicara Khai. Sukar di baca apa yang bermain difikiran Khai saat itu.

“Bella yang ajar” lantas kepala dikalih menghadap Adam. Kini lelaki itu pula yang membuang pandang ke tengah padang. Tidak betah agaknya hendak bertentang mata. “Hubungan kita terikat dengan ionic bonds. Sebab tu, sampai bila-bila pun kita kawan. Tetap kawan. Jadi tak perlulah tanyakan soalan macam tu. Dan kawan tak layak nak jatuh hukum” sambung Khai lagi.

Adam mengangguk lemah namun hati masih tidak keruan. Kesal dan marah pada diri sendiri saling bertimpa.

“Tapi aku tak kata apa yang kau buat tu betul!” tegas Khai mengakhiri pertemuan mereka lewat petang itu. Langkah yang terhenti, diteruskan.
 
Tabahlah, wahai hati.
 
 
 
 

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete