“Sungguh kamu tak nak melawat Azhar kat
hospital tu Hanis?” soal mama ketika tinggal mereka berdua mengemas dapur
setelah selesai makan malam tadi.
Terhenti seketika pergerakkan Hanis yang
sedang membasuh pinggan di sinki. Sangkanya mama sudah lupa tentang permintaan
bekas mak mertuannya petang semalam. Rupa-rupanya tidak. Mungkin mama sekadar
memberi sedikit ruang untuknya berfikir. Dan ternyata malam ini mama menuntut
keputusannya.
“Entah la ma. Hanis tak fikir lagi” Satu
per satu pinggan dan cawan dibasuh bilas sebelum disusun kemas di atas rak.
“Mama rasa.... patut ke Hanis pergi sana?”
“Ish, apa tanya mama pulak? Hanis kan dah
besar panjang, tau mana baik mana tidak. Patut Hanis yang buat keputusan
sendiri. Jangan nak bergantung pada keputusan orang lain” bebel mama.
“Kalau ikut Hanis, jawapannya mesti la....
tak!” jawab Hanis acuh tak acuh.
Mama menarik nafas dalam. Payah cakap
dengan budak seorang ni. Nak di marah, bukannya budak kecil lagi. Dah jadi mak
orang pun. Tapi perangai...... “Pergi la Hanis. Tak payah nak fikir-fikir lagi.
Bawak Haikal sekali. Dia pun dah lama tak jumpa papanya” ujar mama cuba
memujuk.
Hanis hanya diam membisu sambil meyudahkan
basuhan pinggan mangkuk di sinki dapur. Kata-kata mama sekadar singgah di
cuping telinga. Tidak mampu dihadam merawat hati yang luka. Cakap memang
senang. Tapi yang bakal mengadap semuanya adalah dia. Kalau boleh, memang dia
tidak mahu mengenang kisah lalu. Orang selalu pesan, life must be go on. Dan
bila dia dah membuat keputusan untuk move on, kenapa pula ada yang seakan-akan
memaksanya menoleh ke belakang?
“Kamu dengar tak apa yang mama cakap ni?”
“Dengar...” jawab Hanis perlahan.
“Jangan dengar je tapi tak buat. Jadi
bilanya kamu nak pergi?” soal mama seakan mendesak.
“Tak tau lagi. Tengok la dulu....”
Keluhan mama yang menampan telinga tidak mampu mengubah keputusannya. Sorry ma, bisik hati Hanis. Biarlah kali ini hatinya yang menjadi keutamaan kerana hatinya kini bukanlah seperti kerak nasi yang mudah dilembutkan seperi yang diperkatakan kebanyakan orang.
No comments:
Post a Comment