Usai solat Zuhur di surau selepas lunch,
kaki dihala ke kawasan asrama. Tapi,tempat yang dituju bukanlah ke biliknya.
‘Mesti dia dah sampai ni’. Desis hati khai
tatkala terpandang sandle yang elok
terletak di depan pintu. Pantas tangannya menguak pintu yang sedikit terbuka.
Senyum riang terpancar di wajah melihat rakan baiknya terbongkok-bongkok
menyusun barang-barang yang dibawa ke dalam loker.
“Oii banyaknya stok! Maggie...milo 3 in 1...nescafe...coklat...biskut
marrie...roti...jem..cili sos....apa lagi ni?” ujar Khai sambil membelek
barang-barang yang masih di dalam beg plastik di tepi katil Bella. “Ko nak buat kenduri ke apa nih?” Khai
sudah bersila duduk di atas katil.
“Bertuah punya budak. Dah la masuk tak bagi
salam...” rungut Bella. Agak terkejut menerima kedatangan tetamu yang tak
diundang.
Khai hanya ketawa mendengar komen rakannya.
“Okay...okay... Assalamualaikum” ujar Khai seraya mengangkat kedua belah tangan
separas bahu tanda bersalah.
“Waalaikumussalam. Hah, ko dari mana ni? Aku pegi bilik ko tadi tak ada orang”.
“Lunch
tadi. Pas tu Zuhur sekali. Sha, Mimi ngan Sue tak sampai lagi la tu” jawab
Khai. “Banyak gila barang ko. Aku tak
sempat buat stok pape pon lagi” adu
Khai. Iye la, balik sini pon sebab terpaksa, mana ada mood nak beli apa-apa buat stok. “Weekend nanti outing,
nak?”
“Set.
Tak ada hal” balas Bella. “Eh, mak aku ada bekal sambal ikan bilis, rendang
ayam dengan kailan goreng ni. Dinner
nanti kita makan kat bilik je la. Nasi, kita tapau kat DS. Amacam?”
“Cantekk!”
No comments:
Post a Comment