Hari ini pagi-pagi lagi Khai sudah
bangun.  Tiada lagi istilah tidur sekejap
selepas solat subuh seperti kebiasaan hari-hari cuti semester yang lalu. Kalau tadi
dia berada di meja makan untuk bersarapan, kini dia berada di dapur pula. Bukan
untuk membasuh segala pinggan, mangkuk, sudu, garfu, gelas, cawan yang telah
digunakan semasa sarapan, tetapi ada misi lain yang perlu dilunaskan. Ini semua
gara-gara bebelan mak malam tadi.
“Kau ni beli barang-barang buat kek, tau...tapi
bila buat, malas!” sergah mak ketika dia mengemas dapur selepas menikmati makan
malam.
Dan kerana itulah, dia kini berada di dapur
bersama tepung gandum, gula, telur, buttercup, baking powder  yang berselerak atas cabinet dapur. Niat di hati nak bake cupcake  hari ini. Ya Allah, harap-harap
menjadilah percubaan pertama aku ni. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi
maha penyayang. Ameen. Huh, mengalahkan nak masuk dewan exam.  Padahal buat
cupcake  je pun!
Tepung, gula, buttercup  dan baking powder
 dimasukkan ke dalam mixer bowl  sebelum dipukul. Kemudian, empat biji telur
dipecahkan dan dicampur terus ke dalam adunan. Akhir sekali, chocolate rice
dicurah buat penambah rasa. Siap satu kerja. Satu lagi, kena buat aising
  pulak. Hoho...gaya dah macam dessert cheff  yang sememangnya tak bertauliah.
Tepung habis berselerak sana sini.
Oven  dah mula dipanaskan ke suhu 160 darjah
Celsius. Pantas tangan mencapai cupcake  untuk diisi dengan adunan kek tadi. Tatkala
ingin memasukkan semua cupcakes  ke dalam oven,  terdengar Scubert Senade
  menjerit nyaring dari atas peti ais. Budak-budak kelas ni!
‘Siapa pulak yang rajin sangat call  aku time-time
cuti nih? Kalau budak-budak tuh, memang siaplah! Rungut Khai dalam hati.
Nama di screen  dijeling sekilas.
“Assalamualaikum. Kau tak ada kerja
lain ke nak kacau aku pagi-pagi nih?” sembur Khai tanpa sempat si pemanggil
menjawab salam apatah lagi bermukadimah tujuan asal membuat panggilan. Nah,
hambek kau! Pintu oven  ditutup rapat. 45 minit mendatang perlu diisi dengan
menyiapkan adunan yang masih berbaki sambil-sambil mengemas dapur yang
berselerakkan. 
“Waalaikumussalam. Bertuah punya Khai. Tak
nyempat-nyempat nak fire  aku. Sekali nafas lak tu” Adam dah tergelak-gelak di
hujung talian.
Khai sekadar menjuling mata ke
atas. Whatever.  “Kau call  ni nak apa?”
“Saja. Boring  la dok umah” adu Adam. “By
the way,  kau tengah buat apa tuh? Ganggu ke?”
“A’ah. Ganggu sangat-sangat. Aku tengah baking  
nih. Call  kejap lagi la. Hangus kek aku, siap la balik nanti. Skateboard  kau tu aku
bakar” ugut Khai lagi lantas mematikan talian.
Handset  dalam genggaman di pandang dengan rasa
tak percaya. Khai...baking?!  Interesting!  Sejak bila Khai transform  jadi Reen? Ke Fia? Senyum tersuing di pinggir bibir.
No comments:
Post a Comment