Merujuk kepada
perkara di atas, anda diminta untuk pulang semula ke asrama selewat-lewatnya
pada 27hb Disember bagi menjalani Program Kepimpianan Pelajar.....bla...bla...bla.
Kehadiran adalah
di WAJIBkan. Sekian.
‘What??? Program Kepimpinan? Aiseh.
28 Disember pulak tuh. Apa kes pulak aku kena sambut New Year kat sekolah ni’. Rungut Khai tatkala menerima surat
tersebut pada kira-kira dua minggu lepas. Dan kini dia telah selamat pulang ke
sekolah seminggu lebih awal berbanding teman-teman sekelas yang lain. Walau pun
terdapat juga rakan-rakan sebaya yang turut mengikuti program ni, tapi mereka
bukanlah yang sekepala dengannya. Nak buat macam mana, dah namanya tersenarai
dalam Badan Kepimpinan Pelajar, nak tak nak terpaksa jugak la mengorbankan
sisa-sisa cuti yang masih berbaki.
Hari ini malam 30 Disember. Usai solat
Isya’ berjemaah di surau, semua pelajar diminta berkumpul semula ke dewan bagi
sesi ceramah motivasi bersama Dr Harris Ismail. Dan ceramah tersebut tamat pada
pukul 11 malam.
“Okay. Sekarang saya nak you all masuk ke LDK masing-masing” umum
cikgu Izhar selaku emcee malam ini. “Actually,
malam ni kita tak buat aktiviti apa-apa. Saya cuma nak bagi peluang untuk you all bertanya apa-apa soalan kepada
fasi kumpulan kamu sebelum balik ke bilik. Kot kot la boleh minta tip sikit
untuk exam nanti”. Maka bertebaranlah
para pelajar mencari group
masing-masing.
Tip study?
Ceit, balik tidur lagi baik. Berbual-bual kosong berkaitan exam di ambang tahun baru bukanlah idea bijak. Tiba-tiba Khai
terasa getaran dari poket seluar trek suitnya. ‘Ish, siapa la yang rajin sangat
hantar message malam-malam buta nih’.
Sambil mengerling ke kiri dan kanan bagi memastikan
tiada siapa yang memerhati, handset dari poket seluar di keluarkan. Dan dengan
hati-hati button ‘Read’ ditekan.
Beb, ko tgh wat pe? Ak kat KLCC ni tgk bunga
api. Ko kat sana nampak x? Hahahhahaha
Ceit! Perli la tuh. Khai menjulingkan mata
ke atas. Pandangan di hala keluar menerusi pintu sisi yang terbuka. Tiada apa
yang kelihatan melainkan pekat malam. ‘Celah mana nak tengok bunga api kalau
dah namanya sekolah kat ceruk ladang kelapa sawit’, gumam Khai sendiri.
Betul la. Patutnya time-time macam ni baik balik bilik, tidur. Lantas dia bangun dan
dengan perlahan melangkah balik ke bilik.
No comments:
Post a Comment