“Oit, hari ni tak keluar mana-mana pulak”
tegur Eddy sebaik sahaja masuk ke bilik selepas makan tengah hari di DS pada hari
itu. Dia perasan sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali melihat Adam meluangkan hujung minggunya di
asrama. Tapi hari ini, elok saja Adam berbaring atas katil
dengan Kreko di tangan.
“Tak. Petang ni ada training basket” jawab
Adam walau mata tak lepas dari magz di tangan. Basket adalah singkatan pada basketball, sukan kegemaran Adam.
“Rajin pulak ko nak turun training hari ni.
Selalunya lesap macam tu je” sindir Eddy lagi.
“Cikgu Faiz dah bising. Lagi pon next two
weeks kitorang ada match dengan KUSESS”. Sikit pun tidak terkesan dek sindiran tajam Eddy.
“Tau pon ko. Kalo nak diikutkan bukan cikgu
Faiz je bengang dengan perangai ko. Cikgu Zhai, cikgu Fatimah semua bengang
dengan ko, tau?!”. Beg sandang dah dicampak ke katil. Pintu loker dibuka. T-shirt
berkolar dan slack hitam sudah berganti dengan round neck t-shirt and short.
Dia sendiri berbaring malas di atas katil. “Pasal kes cikgu Fauziah tu....ko
dah pegi jumpa dia?”.
Adam sekadar menggeleng. “Nanti-nanti la
aku jumpa”.
“Aku tak faham la dengan ko ni. Weekend
lesap entah ke mana. Time kelas ponteng semendang. Apa masalah ko ni??? Tak puas
lagi berkepit kat luar? Takkan time akademik pon nak cari pasal lagi!?!". Sungguh
dia kesal dengan perangai kawan baiknya itu. Apatah lagi dengan kata dua dari
cikgu Fauziah minggu lepas. Dia tak nak kawannya itu hanyut dengan tuntutan nafsu
yang tak berpenghujung.
Adam bingkas bangun dari pembaringannya.
Badan disandar ke dinding manakala magz dah lurut dari pegangan. Satu keluhan
keluar dari celah bibir. “Ko tak payah kesah sangat la. Ponteng...ponteng aku
pon, homework siap jugak...result exam? Ermm...kira ok la jugak” sempat lagi
dia membangga diri. “So aku tak nampak apa-apa masalah pon kat situ?”.
Mata dah dipejam rapat. “You’re change,
Adam”
“People change, Eddy”
“But you had changed a lot”
“Manusia berubah. Dan aku manusia...yang
akan sentiasa berubah” Melihatkan Eddy yang masih membisu sambil mata terpejam,
dia menyambung; “Dan kalau betul kawan, dia akan sentiasa positif menerima
perubahan kawannya.....”
“.....itu pon kalau perubahan tu tak
melanggar batas norma kehidupan manusia normal!” sambung Eddy lantas mematikan
terus perbincangan mereka petang itu. End of conversation.
No comments:
Post a Comment