“Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Perhatian kepada semua pelajar SMS Alam Impian,
anda tidak dibenarkan masuk ke asrama masing-masing
selepas makan tengah hari
kerana pemeriksaan bilik akan dijalankan.
Sekian, harap maklum”
Khai dan Bella berpandangan sesama sendiri.
“What???? Takkan spot check kot?!” itulah
antara komen random dari kebanyakan pelajar 5 Beta sebaik sahaja mendengar
pengumuman sebentar tadi. Perbuatan Bella dan Khai yang sedang mengemas meja
bersiap sedia untuk balik ke bilik turut terhenti seketika mendengar pengumuman
tersebut. ‘Apsal aku tak tau apa-apa pasal spot check hari ni?’ Khai tertanya
sendiri.
“Spoil la. Aku baru ingat nak tido kejap
balik lunch nanti” rungut Bella. Spot check bilik ke bilik sure ambil masa lama
punya. “Fellow ni pun macam tak ada time lain lak nak buat spot check. Kacau
waktu tido aku je” Bella terus-terusan membebel.
“Apa ada hal. Lepak surau la. Macam tak
biasa...” Khai dah sengih jahat. Surau memang selalu menjadi port lepak
kegemaran mereka. Kat situ la solat, kat situ la tempat tidur dan tempat escape
riadah petang! “Prep petang pun sure cancel!” yes! Penuh yakin kata-kata Khai
kali ini.
“Confirm je kau...” Bella masih ragu-ragu.
“Tak apa. Kalau tak confirm pun, kita
buat-buat confirm” aura penjenayah ketara di muka masing-masing.
Cantekk!
“Oii..korang rilek je. Tak cuak ke?” soal
Eddy saja menduga.
“Nak takut apanya?” soalan berbalas
persoalan dari Bella.
“ Alalaaa...macam la aku tak tau. Bukan
korang simpan banyak barang jenayah ke dalam bilik tu?” service berbalas
service. Soalan berbalas soalan.
“Eh, bukan kau ke yang simpan barang-barang
jenayah bagai nih?” soal Khai pulak. Heh, takkan main single kot. Double la....
“Kitorang
mesti la ada tempat rahsia” Eddy sempat menjeling Adam di sebelah sebelum
menyambung “kan Adam, kan?”
Oh. Tempat rahsia, ek? We’ll see. Khai
berkata-kata dalam hati.
Adam sengih. “Tapi agak-agak skateboard aku
yang tergantung dalam bilik tu kena ‘hangkut’ sekali tak?” soalan random untuk
rakan-rakan di hadapannya.
Ni betul-betul main double nih....hehee
“Alaa...apa susah. Kalau kantoi, kau kata la
tu untuk riadah. Skateboarding tu kan termasuk dalam kategori sukan gak” Khai
membentangkan usul menyelamat kepada Adam.”Erk....cuma dia sepsis yang extreme
sikit la” tambah Khai lagi.
“Bagus jugak idea kau tu. Apa-apa hal nanti, aku
petik nama kau la” balas Adam. “Jom Eddy, DS....lapar!”.
“Oii” jerit Khai. Apsal nama aku lak naik.
Aiseh...
Khai dan Bella juga lantas bergerak meninggalkan
kelas menuju ke DS.
“Khai, camna ni?” soal Bella berteka-teki.
“Camna apa?” kening Khai terangkat
sedikit. Pelik dengan soalan Bella barangkali.
Bella memandang kiri kanan, memastikan
tiada siapa yang mencuri perbualan mereka sebelum membalas “Handset. Hendset kau
letak mana?”
Ceit. Buat suspen je. “Dalam beg la. Apsal?
Jangan kata kau punya tinggal kat bilik” Khai sekadar menduga.
Hehee. “Mana ada. Ada kat aku ni hah. Tapi
kau tak risau ke kalo fellow check beg sekali?”
“Mesti la tak” jawab Khai sambil membuka
sedikit zip begnya. Dia menyeluk pada bahagian belakang pelapik beg yang
sedikit terkoyak. Atau mungkin juga sengaja dikoyakkan. “Taraaaaaaaaaa.
Amacam?” Khai dah angkat kening.
“Gila! Mana dapat idea nih? Tapi tak kantoi
ke? Boleh rasa dari belakang kan?” Bella mula mempertikaikan.
“Tak ah. Ada span la. Anyway, kalau kau masuk
kat sini pun, handset tu akan jatuh kat pelapik bawah beg...bukan kat belakang”
terang Khai panjang lebar.
“Bijak...bijak. Patut la kau lepak je kalau
ada spot check pun” Bella dah menggeleng-geleng kepala dengan perangi kawan
yang sorang ni. "Ey, wakil pelajar pun ada safety maeasure ke?"
“Biasa la...wakil pelajar pun manusia jugak. Tak lepas dari buat kesalahan”
“Banyak la" dengan mata sengaja dijuling ke atas. "Wey, tumpang!” pinta Bella sambil
menghulur handset di tangan.
No comments:
Post a Comment