Kelas hari ini ditamatkan 30 minit lebih awal daripada yang sepatutnya. Biasalah, hari pertama persekolahan memang tidak sesibuk mana. Sekadar pengenalan subjek dan topik-topik yang bakal dipelajari sepanjang tahun. Bezanya tahun ini lebih mencabar sedikit kerana mereka bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pertengahan November nanti. Ah, memang spoil la kalau fikir pasal exam awal-awal tahun macam ni!
Tanpa berlengah lagi, Bella dan Khai
tergesa-gesa mengemas barang-barang mereka sebelum berlalu meninggalkan kelas.
Ke mana lagi langkah hendak dihayun waktu-waktu begini kalau bukan ke dewan
selera. Makan time! Kena cepat ni. Kalau tak, beratur panjang la gamaknya.
“Oit, rilek la. Mana ada orang lagi. Kita dua
je keluar awal hari ni” Khai melaung. Mengah mengejar Bella yang dah laju ke
depan.
“Hah, ye la tu. Hari ni kan orientasi
budak-budak form 1 ngan form 4. Sure dorang keluar lebih awal dari kita” balas
Bella tanpa menurunkan speed langkah kakinya.
Budak ni memang. Kalau bab makan, laju
mencicit. Tapi bila petang-petang aku ajak jogging tak nak pulak. Gerutu Khai
dalam hati.
Sampai di DS, tray makanan dicapai. Mujur
barisan tak panjang sangat. Setelah mendapat makanan masing-masing, Khai dan
Bella terus bergerak ke meja menikmati lunch pada hari itu.
“Ko ada program apa-apa ke hari ni wey?”
soal Bella.
“Ermm. Orientasi dengan budak-budak baru
la. Kat bilik tayangan". Gelas air di sebelah kiri dicapai buat membasah tekak. "Aku pon tak tau sangat pasal program petang ni. Datang
sekadar memeriahkan majlis je la” balas Khai. Dah memang menjadi
tanggungjawabnya, selaku salah seorang ahli majlis kepimpinan pelajar sekolah
untuk turun padang mengikuti setiap program sepanjang minggu orientasi ini.
“Tapi ko la paling best sekali. Boleh sambung tido lepas ni” sambung Khai lagi.
Hahaha. "Tau tak apa”
Selesai makan, mereka menuju pula ke surau
di tingkat atas DS untuk menunaikan solat Zuhur sebelum balik ke bilik
masing-masing.
No comments:
Post a Comment