Ramai orang yang berlegar-legar di dalam
shopping mall Mid Valley ini sampai parking pun full. Mungkin juga kerana hari
ini merupakan hari Sabtu minggu pertama, jadi duit gaji yang masih fresh di
dalam bank haruslah digunakan memenuhi tuntutan nafsu untuk berbelanja setelah
sebulan berhempas-pulas melakukan tugasan di tempat kerja. Tetapi nasibnya baik
hari ini kerana masih terdapat meja-meja kosong di premis restoran Secret
Recipe ini. Lantas meja yang paling hujung di luar restoran menjadi pilihan.
Tidak mahu sebarang perlakuannya menjadi perhatian orang yang lalu-lalang
kelak.
Jam di tangan di pandang sekilas lalu.
Almost 2.30 pm. Mak cik seorang ni, kalau tak lambat, tak sah! Novel bertajuk Gerimis Mengundang yang masih belum disentuh baca dikeluarkan dari
beg. Sementara menunggu temannya, baiklah membuang masa membaca novel.
Setelah hampir 15 minit menunggu dengan hanya bertemankan senaskah novel beserta segelas orange juice akhirnya orang yang
dinanti tiba juga.
“Assalamualaikum mak cik. Amboi, sempat
lagi kau berangan, ye?” tegur satu suara.
“Waalaikumussalam. Bertuah punya budak! Dah
la datang lambat, kutuk aku pulak tu. By the way, bila masa lak aku berangan?”
“Tu..”
merujuk pada novel di tangan Hanis. “Kalau dah ngadap benda tu sure
feeling lebih punya. Kira berangan la tu”. Kerusi di depan temannya ditarik.
“Lama tunggu?” sambung Suria lagi.
“Tak la lama sangat. Tapi kalau kau lambat
lagi 5 minit, sempat juga la habis satu novel ni aku baca” jawab Hanis sambil
menjeling sahabatnya.
“Amboi, kemain peril aku ye. Sorry la beb.
Aku ada lunch appointment dengan client tadi. And as you know, jalan kat KL ni
memang selalu jammed. Tu yang lambat...” jawab Suria seba salah.
“It’s ok la. Aku main-main je tadi.
Order...?” soal Hanis sambil melambai tangan memanggil waiter.
No comments:
Post a Comment